Tuesday, May 11, 2010

Teknik Menjawab SMK Alor Pongsu


Terima kasih diucapkan kepada SMK Alor Pongsu kerana menjemput saya ke Ceramah Teknik Menjawab Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan pada Selasa, 12 Mei 2010. Tahniah kepada Cikgu Shahrum ( Guru Prinsip Perakaunan ), Cikgu Nizar ( Kaunselor ) juga Guru Kanan Tek & Vok SMKAP kerana prihatin terhadap keperluan pelajar dalam menempuh peperiksaan SPM nanti.

Tidak banyak yang mampu saya curahkan cuma sekadar memberi sedikit 'refreshment' agar pelajar merasa keperluan untuk sentiasa bersedia untuk mata pelajaran ini.
Sememangnya, pelajar2 seharusnya sentiasa bersedia dan mempunyai ilmu yang terbina setiap selesai topik diajar oleh guru. Ilmu perakaunan perlu dibelajar secara kontektual, dan akal fikiran seharusnya terbina seumpama membina konkrit. Jika asas tidak kuat, maka sukarlah sedikit untuk kita membina bangunan yang teguh dan kuat.

Kepada Ckgu Shahrum, jgn lah putus asa dan kecewa terhadap sikap anak-anak didik kita. Sesungguhnya pengorbanan guru dalam menjadikan pelajar kita cemerlang adalah sesuatu yang bermakna dan itulah kepuasan bagi seseorang guru. Pelajar kita bukanlah bertaraf Kelas A.

Kepada pelajar2 semua, rajin2 lah belajar. Jadikan ilmu perakaunan ialah ilmu seumur hidup yang perlu dipelajari dan berguna dalam kehidupan ini. Peperiksaan hanyalah satu penilaian untuk menguji sedikit ilmu yang ada dalam dada.

Semoga berjaya.