Sunday, April 26, 2009

Coretan Tahun Baru

Dah lama tak update blog. Kepada sapa2 yang chat kat sebelah tapi tak berbalas harap bersabar. Maaf la sebab la ni sibuk la jugak. Semalam ngajar tusyen kat SMKA Kerian. Jam 8.30 mlm - 10.30 mlm. Time tu la selalu free pun. Pagi tu ada kursus kat sekolah, petang ambik exam takaful ( belajar takaful pulak-cari ilmu ). Jumaat mlm sebelum tu ada game futsal kat Kamunting antara guru2 kerian. Tu la yg kadang2 terpaksa ambik kelas malam sebabnya selalu free pun malam la.

Baik... nak cerita sikit pasal tuisyen Prinsip Akaun SMKA tu. Budak2 dia memang aku respect la. Suma memang muka nak belajar... nak ilmu walau pun ada la sorang dua yang tengok muka dah tau... muka last minute study. ( ni first time tuisyen depa )

Budak2 SMKA yang ambik subjek ni SPM 2009 ada 21 orang. Ramai pompuan dari lelaki. Memang berbeza dengan budak2 aku ( sekolah aku la ). Sekolah aku budak2 dia ada dua kelas. Kelas Sains dan Kelas Sastera ambik Prinsip Akaun. Kelas Sains tu kira yang tercicir tak masuk mana2 sekolah asrama ( mungkin ada sorang dua layak tapi tak pergi ). Tapi budak2 kelas ni ada semangat nak berjaya, ada cita2 tapi mungkin malas sikit. Kelas Sastera pulak... tok sah cakap la. Memang jenis study last minute, tak bersemangat, ada masalah displin, ponteng kelas, macam2 ada. ( budak pompuan biasanya ok ). Masuk kelas nak kena jaga displin depa dulu. Ngajar subjek lepas depa betul2 sedia baru semangat ajar.

Berbeza dengan budak2 aku ngajar semalam ( tuisyen ). Sampai2 dah salam kita siap cium tangan... ( yang lelaki la... ) Kira sejuk je hati tengok depa. Nak ngajar pun rasa tenang dan semangat. Displin tak yah ambik kisah langsung cuma concentrate content je. Bagi skill mana yang patut.

Macam tu la kisahnya serba sikit tentang budak2 SMKA dengan budak SMMS sekolah aku tu. Ada pro dan kontra. Apa2 pun tanggung jawab yg diamanahkan kena la kita pikul dan laksanakan dengan baik, adil dan saksama. Jgn sampai orang cakap "Money Talks Louder". Niat kena ikhlas. Ilmu yang disampaikan diharapkan akan terus digunakan sampai ke generasi akan datang sampai bila2.

Akhir sekali... Kepada semua anak didik... rajin2 la buat latihan. Nak download soalan boleh la pergi ke mana2 link guru2 lain kat tepi ni.. pasti jumpa cuma kena la usaha sikit. Ingat soalan sekarang semakin susah. Banyak tekankan konsep dan aplikasi. Setakat hafal cara jawab je tak boleh. Masalah nanti. Ok Semoga berjumpa lagi.

Wassalam.